Feeds:
Posts
Comments

Ruj. Kami        :  JMBPP1A-Surat2012/(25)

Tarikh              :  10 Mac  2012

Semua Pemilik Pangsapuri Putra Permai 1A, Taman Equine, 43000 Seri Kembangan.

YBhg Dato’/Tuan/Puan,

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BADAN PENGURUSAN BERSAMA  (JOINT MANAGEMENT BODY- JMB) PUTRA PERMAI 1A, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN

Sukacita dimaklumkan bahawa dengan hormatnya Mesyuarat Agung Tahunan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Putra Permai 1A, Taman Equine akan diadakan pada hari Ahad, 15 April 2012, jam 10.00 pagi bertempat di Tapak Parkir  di hadapan Blok A9, Pangsapuri Putra Permai 1A, Taman Equine, Seri Kembangan. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut :

1.1.        Ucapan pengerusi / ahli jawatankuasa badan pengurusan bersama;

1.2.        Pemilihan pengerusi sementara untuk mempengerusikan mesyuarat. Pengerusi sementara hendaklah dipilih antara sesama pembeli yang hadir dan layak;

1.3.        Membentang dan meluluskan minit mesyuarat agung tahun 2011;

1.4.        Membentang laporan akaun teraudit 2010, laporan kedudukan kewangan terkini dan laporan pengurusan dalam tempoh pengurusan JMB.

1.5.        Mengesahkan pembelian insurans kebakaran bangunan dan public liability;

1.6.        Tertakluk kepada Subseksyen 23 (2), menentukan amaun yang hendak dibayar oleh pembeli kepada Kumpulan Wang Penyelenggaraan Bangunan dan singking Fund;

1.7.        Menentukan kadar bunga yang kena dibayar oleh pembeli berkenaan dengan pembayaran lewat caj;

1.8.        Lain-lain perkara yang berkaitan dengan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama bangunan; dan

1.9.        Ucapan Penanguhan.

Sila ambil perhatian bahawa :

a)    Pembeli bersama tidak berhak mengundi kecuali dengan cara proksi yang dilantik bersama. (proksi hanya untuk pembeli bersama sahaja, proksi pihak ketiga tidak dibenarkan).

b)    Membawa kad pengenalan sebagai bukti pengenalan pembeli yang berdaftar.

c)    Pembeli yang mempunyai hak mengundi adalah pembeli yang berdaftar dan telah membayar caj penyenggaraan.

Sebarang usul yang hendak dikemukakan di dalam mesyuarat ini, bolehlah dikemukakan kepada pihak urus setia selewat-lewatnya 6 April 2012 (Jumaat) dengan menggunakan borang di Lampiran A.

Sekian, terima kasih.

(MOHD AFENDI BIN YA @ ZAKARIA)

Setiausaha

Badan Pengurusan Bersama

Pangsapuri Putra Permai 1A

Program Gotong Royong telah dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan  ucapan aluan dan perasmian oleh Pengerusi JMB, En. Nor Mohamed Zin Mohamad Naim. Sebelum itu para peserta telah dihidangkan dengan kuih dan teh tarik sebagai sarapan. Penyediaan makanan telah diadakan secara gotong royong oleh kaum ibu seawal sebelah malamnya.

Seterusnya, selesai taklimat Pengarah Program oleh Encik Saari Isa, penghuni telah bertungkus lumus bergotong royong menanam bunga di dalam 15 buah planter box yang telah disediakan dan juga membersihkan sampah sarap kasar yang menjadi kondo bagi Cik Ti dan Cik Li (tikus dan lipas).

Penglibatan semua pihak dari kaum bapa, kaum ibu, remaja dan kanak-kanak telah menjadikan program ini sangat bermakna di dalam sejarah JMB PP1A. Masing-masing memainkan peranan dengan semangat kesukarelaan yang tinggi. Seramai lebih 100 orang penghuni telah terlibat.

Program berakhir dengan jamuan makan tengahari (nasi lemak special) dan acara cabutan bertuah. Sebanyak 10 buah hamper telah disediakan.

Pengerusi dan seluruh ahli jawatankuasa penganjur program  mengucapakan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat mejayakan Program Gotong yang julung-julung kali diadakan di Pangsapuri Putra Permai 1A.

Ucapan terima kasih kepada : Ahli Majlis Zon 19 MPSJ – En. Norazam dan Encik Suhaimi (Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 19), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Azmi & Co Building Services, Encik Musa (penyumbang tanah), Gerai Teh O Beng 70 sen, Restoran Seri Kembangan, MITA JAYA Mini Market, Seri Baling Mini Market, Best System Communication, Macro HG Trading, Equine Hardware Trading, Restoran Al-Aliff Foods Corner, UI Stationary & Trading dan semua ahli penghuni yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan program gotong royong.

Diharap program sebegini akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan. Kerjasama dan komitmen dari semua penghuni adalah penting bagi menjayakan program-program sebegini. Pangsapuri kita tanggungjawab kita.

Jom Gotong Royong…..

Program Gotong Royong yang julung-julung kali diadakan oleh JMB PP1A ini mendapat kerjasama dari Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 19 dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Komitmen juga diperolehi dari premis-premis perniagaan yang berada di sekitar pangsapuri. Program akan bermula jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi. Cabutan bertuah  turut diadakan dan sarapan  juga disediakan. Semoga program berjalan lancar. Pangsapuri kita, tanggungjawab kita.

 

Mesyuarat Agung Tahunan 2012

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)  JMB PP1A Tahun 2012 akan diadakan pada 15 April 2012 (Ahad)  Di harap AGM pada kali ini akan dihadiri oleh lebih ramai pemilik pangsapuri yang berkelayakan (tiada tunggakan yuran). Notis mesyuarat akan di keluarkan pada awal bulan Mac. Sekiranya terdapat sebarang cadangan atau isu yang ingin dibawa bolehlah mengisi borang yang akan dikepilkan bersama-sama notis nanti. Pangsapuri kita, tanggungjawab kita.

Program gotong royong bersama penghuni Pangsapuri Putra Permai 1A akan diadakan pada hari Ahad 11 Mac 2011. Semua penghuni dijemput hadir. Sila berkumpul di hadapan pejabat JMB (berhampiran blok A9). Antara aktiviti utama gotong royong ini ialah menanam pokok bunga di dalam planter box yang telah disiapkan dan juga membersihkan kawasan pangsapuri.  Semua penghuni di jemput hadir. Makanan dan minuman disediakan. Gunakanlah kesempatan ini untuk berkenal-kenalan dan menjalinkan silaturahim dikalangan sesama penghuni. Syarikat-syarikat korporat / swasta yang berdekatan di pelawa untuk memberikan sumbangan dalam bentuk barangan ataupun wang tunai bagi menjayakan program ini.

Bagi mengelakkan timbul sebarang masalah, setiap penghuni dinasihatkan agar membayar yuran penyengaraan (maintainance)  setiap bulan. Kegagalan membayar yuran dalam tempoh melebihi 3 bulan boleh menyebabkan bekalan air ke premis penghuni di potong. Hargailah kemudahan yang disediakan.

 

JMC telah mendapat laporan dari penghuni berhubung kewujudan kebun sayur di kawasan reserve parkir berhampiran blok A9. Kewujudan kebun ini adalah salah dari segi undang-undang kerana tempat berkenaan adalah kawasan yang dilarang untuk digunakan. Pihak yang berkenaan dipohon agar menutup semula kebun ini sebelum tindakan tegas diambil.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.